31 January, 2009

WhaT we LiKe AbOuT h3p2????

Semua bebudak h3p2 telah ditemu ramah untuk buat video ni.... Rasa macam tengah buat video klip plak... Lagu nie mesti la bukan kami yang nyanyi,pak cik kami yang nyanyi... sape yang tak kenal tu memang blur la,hehe.... Terima kasih la pada editor lagu ngan video nie,susah payah buat video... Video ni akan jadi kenangan kita sampai bila-bila walaupun kita duduk sekali tak sampai setahun...

Tapi, banyak memori indah yang dapat kita kongsi sekali...So,All de Best!!!!

Bagi bebudak h3p2,hayatilah detik-detik masa kita bersama selama setahun nie...

TeNtaNg KaMI...


Assalamualaikum pembuka bicara
Ni hao ma di ucap sama
Celoteh H3P2 baru bermula
Hanya untuk kita-kita saja

Jangan disandar tikar yang basah
Kelak ditimpa sarang tempua
Inilah dia selingkar kisah
Sifat dan rupa tentang kita

Indahnya seni bijak bestari
Junjung perintah sentiasa ditaati
Puan Jannah bonda kedua kami
Menjadi mentor yang kami hormati

Ini kisah monitor kami
Orangnya pemalu senyap sepi
Tapi tanggungjawab tetap dipatuhi
Muhammad Iqbal Bin Ishak Kedah mari

Nasuha Bt Samsury nama diberi
Suka tidur ialah hobi diri
Menjadi assistant kepada kami
Berasal dari Perak happy sekali

Diberi nama Noor Malisa Ayu Bt Sabtu
Orang penang, Bayan Baru
Baca novel hobinya dari dulu
Dah la pandai,slumber selalu

Membaca, menonton televisyen dijadikan hobi
Nur Anisah Bt Abd Manan nama dalam IC
Makanan kegemarannya adalah spageti
Bakal menjadi pakar volkanologi

Kampung masjid Jelai, Kedah tempat tinggalnya
Mohammad Qazreen Bin Ahmad Shawaludin namanya
Membaca pula menjadi hobinya
Tekun dan bijak itulah orangnya

Orang Pulau Pinang juga utara
25.1.1990 adalah birthdaynya
Suka bercakap bila masanya
Nor Liyana Hafawati itulah namanya

Raz Zarinda Bt Mohd Rashid nama diberi
Puteri tunggal + bongsu dalam famili
Laksa menjadi hidangan yang digemari
Happy sokmo trademark diri

Suka coklat dan suka tidur itulah dia
Berasal dari Kedah Darul Peace kategori utara
Anak sulong Ahmad dan Norlida
Nor Akilah Bt Ahmad empunya nama

Wong XiuQi itulah namanya
Orang Pulau pinang, sebelah Sungai Ara
3.1.1990 tarikh lahir dirinya
‘Hate pinky stuff’ itulah dia

Nur akhmar adnan orang Felda
Berasal dari Negeri Sembilan dekat saja
Layan novel itulah hobinya
Orangnya mesti romantic habis punya

Dok Tanah Merah, Klate itulah dio
Che Noor Amalina nama demo
Main badminton biasa ajo
Melinn_naa@yahoo.com email dio

Pulau Pinang adalah tempatnya
Senyuman manis seperti orangnya
Dah la ramah, happy sentiasa
Eng Chia Wen nama diberi padanya

14 September tarikh keramat
Berasal dari Kedah negeri selamat
Namanya Nurul Ain Abdul Aziz mesti diingat
Suka tidur, tetap bermatlamat

Muhammad Shahrul nama diberi
9 April 1990 tarikh yang mesti diingati
Berasal dari Jeli, Kelantan mari
Terer math, 4 flat lagi

Tengok televisyen menjadi hobi
Orangnya manis, kecil molek lagi
Azam menjadi Muslimah sejati
Itulah dia Nashitatul Amani

Lemah lembut bila bersuara
Dalam kelas diam sahaja
Chia dan XiuQi teman setia
Leow Shoun Qi diberi nama

Tinggal di Johor jauh sekali
Suka berkawan, sporting lagi
Bila tersenyum comel sekali
Zakiah@Kak Kiah gelaran diberi

Muhammad Nadzmi Bin Omar sekacak nama
Berasal dari Seberang Prai Utara
9 Ogos tarikh meningkat usia
Suka menyanyi, makan, kacau orang itulah dirinya

Sopan santun empunya diri
Jadi nakal tidak sekali
Lagu nasyid menjadi pilihan hati
Itulah Siti Nur Ain Bt Zulkeply

Berasal dari timur Malaysia
Suka membaca novel sahaja
Chicken little secomel dirinya
Siapa lagi, Norafaraain la orangnya

Idsalliany Bt Idris empunya nama
‘Believe in yourself’ kata-katanya
Membaca dan bermain boling menjadi pilihannya
Ramah dan disenangi itulah dirinya

Orangnya gigih, tak mudah berputus asa
Suka lagu nasyid juga membaca
Kelantan itulah tempatnya
Dia bernama Yusniza Bt Muhamad Che Ya

Ahmad Hasyim Bin Che Manan nama diberi
16 Disember tarikh hari jadi
‘I hate smoker’ itulah diri
Berasal dari Kelantan…..lagi..

Seorang yang pendiam, sopan santun pula
Layan nasyid itulah dia
SNZh89_kedah@yahoo.com email dia
Siti Nur Zaleha Hassan orang Kedah la

Indah sungguh di pagi hari
Menceria alam sinar mentari
H3P2 praktikum kami sayangi
Meneguh tekad pelajar bestari

Salam maaf kami hulurkan
Buat semua rakan seperjuangan
Sebagai tanda hubungan berkekalan
H3P2 tetap dalam ingatan

30 January, 2009

TiMe RaYa...



Masa nie beberapa hari lepas Hari Raya Aidilfitri...Tapi,yang bezanya satu kmpp sambut,siap ada khemah lagi....Sebenarnya,malam sebelum majlis ni,kami kena hias khemah,tapi kami semua buat tak tau je...Pagi esok tu,beberapa jam sebelum nak mula majlis baru la kami kelam kabut nak hias khemah.Tak tau nak gantung apa kat khemah tu...last2 kami gantung je buah pisang kat khemah kami tu,idea sape pun tak tau lah...Semua orang pkai baju raya,kasut raya, memang nampak cam nak sambut hari raya betul la.... Kuih raya pun dah dihidangkan,memang menyelerakan sampai meleleh air liur (saja nak buat gempak sikit..) Mentor kami buat bihun sup, memang putih mata la tengok semua tu... Rasa macam nak makan je semua,nasib baik ramai orang je,hehe... Yang paling best,dapat duit raya lagi...Sape kata budak abis sekolah tak bleh dapat duit raya lagi??? Sementara nak tunggu bleh makan,berkeroncong jugak la perut nie,tapi pada masa yang sama, kami pun bergambar la jugak...Bukan pe,nak tunjuk baju baru,hehe... Ni la sambutan hari raya yang paling best dalam sejarah kmpp...!!!

PeRpiSaHaN DaN PeRtEmUAN...


Setiap pertemuan mesti ada perpisahan. Itu lah yang semua budak-budak h3p2 pernah alami sepanjang ada dekat sini. Sorang-sorang keluar,ada yang pergi Mesir, ada yang pergi maktab... Liyana, Dan, Azimah, Fateena, Ijal, semoga korang sukses walau di mana jua korang berada... Kami di sini sentiasa doakan kejayaan dan kebahagiaan korang...


Gambar-gambar ni kami ambik masa majlis perpisahan diorang..Disebabkan bajet tak berapa nak ada,kami cuma bleh buat yang simple2 je...Tpi, cukup la untuk tunjukkan penghargaan kami dia atas kehadiran korang sepanjang kita bersama...Bila kami masuk klas,kami mesti rindu masa-masa kita bersama,gelak tawa dekat makmal komputer,riuh rendah dalam kelas English dan banyak lagi...

Korang akan tetap akan jadi sebahagian dari h3p2 walau di mana jua korang berada....



"Setiap Pertemuan Pasti Ada Perpisahan"

LaRiaN kOkO...



Larian koko nie la yang paling tension skali...

Sebab kena berjemur tengah panas.Masa pagi-pagi tu bersemangat la lagi,ye la semua bebudak h3p2 jadi prince ngan princess. Bila dah naik matahari mula la hilang 'sifat' prince ngan princess tu...Crown semua dah terjatuh,tongkat sakti plak jadi kipas sampai ada yang dah patah-patah, dasyat btul! Masa pagi tu,kami semua tergamam tengok kostum praktikum-praktikum lain. Ada yang pakai baju batman la spiderman la,yang pakai Spongebob pun ada gak...Tapi, bila tengok yang kami,biasa je...


Tapi, kami tetap bersemangat(pagi tu je la..)berarak keliling kmpp sambil jerit "h3p2!Aja Aja Fighting!".Masa tu semua orang macam sehati sejiwa...Bila praktikum lain jerit,kami pun lawan balik...Masa tu rasa seronok pun ada,terkejut pun ada....

Walaupun tak menang apa-apa,kami tetap seronok!

29 January, 2009

FiRsT PiCtUrE aT kMpp...


Ni la gambar pertama yang kami dekat kmpp rasanya....
Masa ni semua malu-malu lagi depan kamera..maklum la semua tak kenal-kenal lagi...
Jadi, kami pun ikut je la cakap abang yang tangkap gambar tu. Dia kata senyum,kami pun senyum la..dia kata jerit kami pun jerit la cam kena histeria. Tema kami hari tu sepatutnya hijau tapi ada jugak yang kepala batu tak nak pakai baju warna tu.Apa-apa pun,gambar ni la jugak yang melekat kat dinding-dinding bilik kami.Hehe...
Ada lagi satu gambar yang kami tangkap masa hari yang sama. Gambar tu kami pakai kot hitam...Waa..yang budak laki memang nampak smart la sebab saiz diorang lebih kurang sama je dengan saiz kot.Tapi, kesian dekat budak perempuan la sebab kot lebih besar dari saiz badan! Tapi, happy jugak sebab boleh pakai kot,rasa macam orang penting plak,hehe...